Wednesday, October 24, 2012

CHUA SOI LEK TIDAK BERHAK BERCAKAP SOAL HUDUD

NONEMufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek tidak berhak untuk bercakap soal hudud kerana tiada kepakaran dalam perundangan Islam. Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Chua pada minggu lalu yang menjangkakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat negara ini – termasuk di pusat judi dan rumah urut. Isu pelaksanaan hudud juga dibangkitkan dalam perhimpunan agung MCA pada hujung minggu lalu.

Harussani berkata, kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuatkan pemimpin politik lantang membuat kenyataan mengenai hudud.Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi, katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.

Tuesday, October 23, 2012

UMNO DI SARAN NAMAKAN CALON LEBIH AWAL ELAK DI SABOTAJ

Pucuk pimpinan Umno disaran menamakan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 lebih awal bagi membanteras kegiatan sabotaj dalam parti itu.Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan cara itu anggota Umno yang melakukan kegiatan itu dapat dikenal pasti dengan lebih awal.
    
Dengan ini tindakan ke atas pensabotaj ini akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon, katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon lebih awal, usaha memujuk juga  boleh dilakukan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang tidak terpilih kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata Majlis Tertinggi Umno bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
    
Mustapha berkata pucuk pimpinan Umno juga perlu menangani perasaan tidak puas hati mereka yang tidak terpilih dengan berhemah, bijaksana dan penuh hikmah bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

Pemimpin yang dikenal pasti tidak akan bertanding patut diberitahu lebih awal bagi mengelak daripada mereka menanggung malu sekiranya mereka tidak terpilih di saat akhir sebelum penamaan calon.Cara ini boleh mengelak atau mengurang perbuatan sabotaj daripada mereka yang tidak terpilih terhadap calon yang dipilih bertanding.

Hentikan Aniaya Kami Kata <> BERSIH <> 
NONE


Jawatankuasa pemandu BERSIH mahu pihak berkuasa menghentikan penganiayaan ke atas mereka – yang menyebabkan sehingga lapan orang anggotanya "dilengahkan" pegawai imigresen di lapangan terbang.

Jawatankuasa itu menyatakan, kes terbaru adalah melibatkan anggotanya Ahmad Syukri Ab Razab – yang dilahirkan di Sabah tapi disekat daripada memasuki negeri itu Sabah apabila tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu pada 21 Oktober.Perkara itu dibangkitkan dalam satu surat terbuka kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan ketua pengarah jabatan imigresen Datuk Alias Ahmad.

Jawatankuasa itu menyifatkan insiden berkenaan sebagai "sangat aneh" dan mahu "penjelasan segera daripada pihak berkuasa kerana menghalang anak negeri Sabah daripada memasuki negerinya".

"Episod terbaru ini menunjukkan peningkatan tindakan pentadbiran tidak munasabah dan wewenang di negara kita."Seperti sebelum ini, beberapa anggota masyarakat sivil daripada Malaysia Barat disekat daripada memasuki Malaysia Timur," surat itu dipetik.Ia turut menyenaraikan pemimpin yang dihalang daripada memasuki Sarawak, termasuk pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, Wong Chin Huat dan Maria Chin Abdullah.